Sunday, December 16, 2012

Bab 4 : Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat




  1. Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran;
  2. Meneroka isu atau masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri; dan
  3. Mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri.



  1. Mampu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
  2. Mampu meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri.
  3. Mampu mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri.






Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks pembangunan diri merentas pelbagai dimensi yang bermula dengan dimensi diri, dimensi keluarga dan dimensi masyarakat. Pelajar didedahkan dengan pemikiran tentang maklumat dan penyaringan maklumat yang benar sehingga mampu dihayati menjadi ilmu yang berguna untuk diri. Dengan itu dikembangkan kepada keluarga dan seterusnya kepada masyarakat. Dalam proses tersebut berlaku tindak balas dan cabaran yang membentuk ketajaman fikiran pelajar untuk menganalisis masalah dan membentuk keyakinan diri membangunkan potensi diri sendiri serta orang sekeliling.

Proses pembelajaran tidak hanya melibatkan belajar tapi juga mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang selama ini adalah benar dan mantap sehingga boleh menyerlah sebagai seorang yang berilmu dan khususnya dalam profresion yang diceburi. Oleh yang demikian maklumat yang ada dikembangkan sehingga mampu bertindak menghasilkan pelbagai produk yang berguna untuk dimanfaatkan oleh diri dan orang lain.





  • Membantu individu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kerjaya mereka.
  • Kemahiran pengurusan maklumat amat penting untuk menguasai pelbagai kemahiran terkini.
  • Pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap.
  • Mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan seseorang individu itu menguasai ilmu, menghayati nilai murni dan memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.




Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna.

Ciri-ciri maklumat ialah:
  1. Relevan
  2. Boleh dipercayai
  3. Boleh difahami
  4. Lengkap
  5. Tepat pada masanya
  6. dan Membantu mengurangkan ketidakfahaman

Contoh organisasi yang menguruskan maklumat ialah perpustakaan, arkib, muzium, galeri seni dan internet.
Maklumat iaitu pengetahuan diperoleh proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita. Proses mengumpul maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat, sejak lahir sehingga akhir hayat.

Literasi dari sudut bahasa bermaksud celik atau berpengetahuan. Dari segi istilah, literasi maklumat adalah keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar yang celik maklumat bukan seharusnya bukan sekadar mampu mengakses sumber maklumat secara kritis dan menggunakan maklumat tersebut dengan tepat dan kreatif. Individu yang celik maklumat ini adalah mereka yang tahu bagaimana berpengetahuan dicari, disusun, dan bagaimana maklumat itu digunakan untuk menyelesaikan permasalahan serta cara mempersembahkan maklumat agar orang lain dapat memahaminya.

Secara umum, data didefinasikan sebagai fakta dan nombor kasar yang belum diproses, maklumat sebagai data yang diproses, manakala pengetahuan ialah maklumat yang disahkan.

Literasi maklumat adalah satu "set kemahiran" yang boleh dipelajari. Set kemahiran itu termasuk sikap tertentu terhadap pembelajaran itu sendiri; penggunaan alatan,seperti tutorial dalam talian; penggunaan teknik, seperti bekerja dengan kumpulan; dan penggunaan kaedah seperti pengantungan kepada para mentor; pembimbing dan omsbudman.

Rajah di bawah menunjukkan konsep literasi maklumat yang melibatkan beberapa kemahiran dalam menguruskan maklumat.


Lau (2006) menetapkan 3 komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat untuk mewujudkan pembelajaran berkesan iaitu akse, penilaian dan penggunaan maklumat.

AKSES : Pengguna berkebolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan.

  • Kebolehan untuk mendefinisi atau mengenal pasti keperluan maklumat.
  • Kebolehan untuk memutuskan untuk berbuat sesuatu bagi mencari maklumat.
  • Kebolehan untuk menyatakan dan mendefinisikan keperluan maklumat.
  • Kebolehan untuk memulakan proses pencarian.

  • Kebolehan untuk mengenal pasti dan menilai sumber-sumber maklumat berpotensi.
  • Kebolehan untuk menghasilkan strategi pencarian.
  • Kebolehan untuk mengakses sumber-sumber maklumat terpilih.
  • Kebolehan untuk memilih dan mendapatkan semula maklumat yang dikesan.


PENILAIAN : Pengguna menilai maklumat dengan cekap dan kritis.

  • Kebolehan untuk menganalisi, memeriksa, dan mengekstrak maklumat.
  • Kebolehan untuk membuat tanggapan umum dan mentafsir maklumat.
  • Kebolehan untuk memilih dan mensintesis maklumat.
  • Kebolehan untuk menilai ketepatan dan kerelevenan maklumat yang didapatkan semula.


  • Kebolehan untuk menyusun dan mengkategorikan maklumat.
  • Kebolehan untuk mengelompokkan dan menyusun maklumat yang telah diperoleh.
  • Kebolehan untuk menentukan maklumat mana yang terbaik dan paling berguna.


PENGGUNAAN : Pengguna berupaya mengaplikasikan/menggunakan maklumat dengan tepat dan kreatif.

  • Kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan menggunakan maklumat.
  • Kebolehan untuk menggunakan maklumat yang telah diperoleh.
  • Kebolehan untuk mempelajari atau mendalami maklumat sebagai pengetahuan peribadi.
  • Kebolehan untuk mempersembah produk maklumat.


  • Kebolehan untuk memahami penggunaan beretika maklumat.
  • Kebolehan untuk menghormati perundangan berkaitan penggunaan maklumat.
  • Kebolehan untuk memperkatakan tentang produk pembelajaran dengan mengiktirafkan harta intelek.
  • Kebolehan untuk menggunakan piawaian gaya pengiktirafan yang relevan.


Pengetahuan ialah keadaan mengetahui; tahu pula adalah keadaan kefahaman yang dicapai melalui pengalaman atau pembelajaran semua atau sebahagian perkara yang diterokai, difahami atau dipelajari. Pengetahuan berkait rapat dengan maklumat kerana ia terdiri daripada maklumat berkaitan fakta, prosedur, konsep, interpretasi, idea, pemerhatian, dan pertimbangan yang terkandung dalam pemikiran seseorang. Tuomi(1999) berpendapat pengetahuan mesti wujud sebelum maklumat dapat digubah adalah hasil daripada pemprosesan kognitif yang dicetuskan oleh maklumat dan menghasilkan maklumat. Maklumat diubah menjadi pengetahuan apabila diproses dipersembahkan dalam bentuk teks, grafik, perkataan atau dalam bentuk simbol yang lain. Kefahaman yang sama mengenai maklumat dalam kalangan sekumpulan individu dapat dicapai apabila mereka berkongsi asas pengetahuan yang sama.

Pengurusan pengetahuan ialah suatu proses membangun, memanfaat, menghantar dan menggunakan pengetahuan. Pengurusan pengetahuan adalah terdiri daripada tiga komponen iaitu pembangunan atau penghasilan pengetahuan, penyimpanan pengetahuan dan perkongsian pengetahuan. Pengurusan pengetahuan tidak hanya tertumpu kepada penyimpanan pengetahuan semata sebaliknya ia turut menekankan kepada perolehan serta perkongsian pengetahuan di antara warga organisasi.

Pengurusan pengetahuan merupakan salah satu isu yang penting dalam pengurusan hari ini. Pengetahuan dapat meningkatkan daya saing organisasi. Pengetahuan yang dikongsi, diaplikasi dan diperbaharui dapat menjana idea kreatif. Penyelesaian masalah secara kreatif dan pengenalan produk atau perkhidmatan yang efektf dapat meningkatkan daya saing organisasi.

Pengurusan pengetahuan melibatkan 4 proses utama iaitu penciptaan, penyimpanan dan pemerolehan semula, pemindahan dan aplikasi.

Pemastian maklumat adalah teras pembelajaran. Memastikan kesahihan maklumat adalah langkah penting dalam pengurusan maklumat. Para sarjana Islam merangka dan menyusun etika penapisan maklumat secara saintifik supaya menjadi suatu gagasan ilmu sepadu yang berauntentik. Untuk itu,apa saja teknik yang berkesan untuk menjelaskan kebenaran positif adalah diterima berikut:

  • Membentuk sikap positif untuk belajar mengurus maklumat.
  • Menggunakan alatan, seperti tutorial.
  • Menggunakan teknik, seperti bekerja dengan kumpulan.
  • Menggunakan kaedah seperti pergantungan kepada mentor.
  • Berkongsi pengetahuan dengan memberitahu, menterjemah serta mendidik rakan dalam institusi.
  • Menerap dan menggunakan pengetahuan dalam percambahan idea, meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan masalah.




Proses pembelajaran manusia bermula melalui persekitaran keluarga. Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesion yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi sendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup. Ini bermakna seseorang akan menghadapi perubahan dalam peringkat kehidupan maka keperluan belajar akan menjadi penting tetapi jenis maklumat, ilmu dan fokusnya adalah berbeza pada setiap peringkat. PSH selari dengan kehendak sosial dan ekonomi sezaman yang memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. PSH adalah proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran.

PSH dilaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut iaitu :

  • Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.
  • Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.
  • Pendidikan lanjutan yang berkonsep formal dan dijalankan di institusi pengajian tinggi.
  • Latihan dalam perkhidmatan yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalu bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
  • Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasakan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.







Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah saling berkait antara satu sama lain. Kebolehan individu menggarap pengetahuan dari masa ke semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan teknik komunikasi yang mudah dan mampu menganalisi segala maklumat yang datang, serta berkebolehan mencerakinkan pada tempatnya yang wajar membuktikan potensi sebagai insan kian terserlah. Insan sebagai khalifah ALLAH SWT sebenar menggunakan maklumat bukan untuk dicemarkan hubungan sesama manusia dan melakukan fitnah serta mengaibkan manusia, tetapi sebaliknya mengharmonikan suasana dan menjelaskan realiti kebenaran sebagai seorang insan yang bermaruah dan bertanggungjawab untuk mewujudkan kebaikan dan kesejahteraan bersama di dunia dan selanjutnya di akhirat.


0 comments:

Post a Comment