Wednesday, December 19, 2012

BAB 1 : Kemahiran Komunikasi

Tujuan bab ini adalah untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam pengungkapan secara lisan, kesesuaian komunikasi bukan lisan, penulisan analisis dan pembentangan secara visual dalam konteks persekitaran masa kini, lingkungan komersial dan kepelbagaian budaya.


  1. mengenal pasti ciri-ciri komunikasi dan kemahiran berkomunikasi

  2. memahami kepentingan penggunaan bahasa tubuh dalam komunikasi; dan

  3. menunjukkan kemahiran berkomunikasi secara profesional dalam lisan dan penulisan



Menurut sarjana Guffey dan Almonte (2010) ; komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada penghantar kepada penerima.

5 langkah komunikasi ;

  1. Pengirim membentuk idea;

  2. Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej;

  3. Mesej akan melalui saluran komunikasi;

  4. Penerima mendekodkan mesej tersebut ; dan

  5. Maklum balas dihantar kepada pengirim.

Langkah seperti gambar di bawah :




Tiga jenis:



a.)model komunikasi linear

Bising atau gangguan merupakan penyebab salah faham mesej antara pengirim dan penerima.



b.)model komunikasi interaksional

Pengirim dan penerima akan mengambil giliran menghantar mesej.Pengirim tidak boleh menjadi penerima sekaligus.





c.)model komunikasi transaksional

Kedua dua pengirim dan penerima boleh menghantar mesej, menerima mesej atau membuat kedua-duanya serentak.




+ mudah mendapat kawan dan diterima dalam sesuatu masyarakat



  1. Membolehkan kita memahami tingkah laku orang lain

  2. Dapat mengelakan kita daripada terus membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihatnya secara lebih terperinci

  3. Hubungan insan bukan lah kemahiran berkomunikasi semata-mata tetapi pengetahuan tentang psikologi manusia yang amat penting bagi memperkukuh asas pemahaman kita.




  1. Menjaga hubungan antara pensyarah khusunya apabila berinteraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugasan kursus.

  2. Memperlihatkan sikap yang positif terhadap tanggungjawap sebagai mahasiswa , tanda hormat anda kepada pensyarah.

  3. Pelajar tidak boleh menggunakan bahasa rojak apabila bercakap atau berbual dengan pensyarah atau menghubungi mereka melalui khidmat pesanan ringkas.


  1. Kebolehan menulis surat memohon pekerjaan dan menulis sebuah resume yang menarik

  2. Penguasaan bahasa Inggeris adalah suatu yang wajib dalam zaman ini.

  3. Penguasaan berkomunikasi di alam maya adalah wajib untuk meningkatkan kecekapan berkomunikasi


Tiga komponan konsep komunikasi :


  1. pesanan verbal ( kata yang kita pilih)

  2. pesanan paraverbal ( bagaimana kita menyebut perkataan itu)

  3. pesanan bukan verbal (bahasa ttubuh yang digunakan)

Tiga komponen ini digunakan untuk menghantar pesanan yang jelas dan padat serta menerima pesanan dengan baik dan memahaminya.




Pesanan verbal yang baik ialah pesanan yang disampaikan secara ringkas dan tersusun, bebas daripada rintangan kepada pendengar.

Pesanan bukan verbal yang baik ialah pesanan yang sampai melalui mimik muka yang betul dan sesuai serta gaya tubuh dan gerak geri yang sesuai.

Pesanan paraverbal merujuk kepada pesanan yang sampai melalui nada, intonasi dan suara bukan apa apa perkataan yang kita sebut. pesanan yang disampaikan boleh diterima dengan makna yang berbeza-beza jika disampaikan dalam nada dan intonasi yang berbeza-beza.

Komunikasi yang baik adalah komunikasi dua hala kerana kita saling memahami apa yang dibicarakan

Tiga jenis komunikasi :

  1. Komunikasi lisan ( Komunikasi dengan kata-kata)

  2. Komunikasi bukan verbal (komunikasi bukan lisan)

  3. Komunikasi bertulis ( komunikasi melalui penulisan)

Komunikasi lisan ( Komunikasi dengan kata-kata)

Alat utama adalah bahasa. berbahasa yang baik dan efektif, padat dan jelas dalam menyampaikan pendapat atau perasaan dengan sopan adalah kunci pada komunikasi lisan yang baik.

dipengaruhi oleh
  • Pembendaharaan kata -

  • Kelajuan

  • Intonasi

  • Humor

  • Singkat dan jelas

Komunikasi bukan verbal (komunikasi bukan lisan)

sering berlaku secara serentak dengan komukasi lisan

  • Ekspresi wajah

  • Pandangan mata

  • sentuhan

  • gaya tubuh dan gaya berjalan

Komunikasi bertulis ( komunikasi melalui penulisan)

Aktiviti merakam idea pandangan atau pendapat dalam bentuk grafik atau lambang-lambang bertulis.

melibatkan beberapa fakta :
  • fakta

  • gaya

  • laras

  • pengolahan

  • bahasa



komunikasi intrapersonal

fungsi psikologi membentang, meneliti, mentafsir dan operasi terhadap apa juga maklumat, mesej atau pengalam. semua ini berlaku dalam fikiran individu.

Kesan positif :

mempertajam strategi dalam membuat keputusan

memperkuatkan emosi dari segi pemujukan, penerimaan dan pembangunan diri.

individu dapat menilai semula dan memperbaiki pendekatan serta kualiti komunikasi dengan individu yang lain.

komunikasi interpersonal

dua individu terlibat dan saling menghasilkan serta mentafsirkan maklumat.

membina hubungan sosial atau mengukuhkan pertalian silaturrahim.

menambahkan kefahaman individu yang lebih terbuka dan matang.

dapat membentuk satu sistem sokongan sosial yang baik

Komunikasi berkumpulan

melibatkan lebih daripada dua individu

Ciri khusus

  • saiz kumpulan yang sesuai

  • tingkat interaksi

  • peranan ahli

  • kesepakatan

  • faham matlamat yang perlu dicapai



Pengunaan variasi bahasa mengikut bidang-bidang tertentu.


Kategori :

  • laras umum - tidak menggunakan bahasa yang formal
  • laras ilmiah - merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, teknologi. bersifat formal
  • laras agama - mengandungi istilah agama kerana melibatkan wacana agama
  • laras undang-undang - kebanyakkan dipinjam dari bahasa latin dan bahasa inggeris seperti defendan, prosiding, plantif
  • laras sastera - berbentuk puitis, dramatik, figurative, naratif


Perkara-perkara yang boleh menyebabkan komunikasi kuranng berkesan, mesej gagal disampaikan

  • halangan persekitaran- keadaan tidak sesuai atau tidak tenang seperti bunyi bising, panas,
  • halangan sikap pengantar - pengantar bersikap negatif akan menghalang kelancaran proses komunikasi
  • halangan sikap penerima - mempunyai sikap negetif kepada pengantar
  • halangan bahasa - penggunaan dialek boleh menimbulkan perasaan tidak selesa kepada penerima
  • halangan maklumat kurang tepat dan jelas - penggunana sistem pesanan ringkas, penggunaan bahasa singkat kadangkala sukar difahami dan boleh disalah tafsir oleh penerima.




  • latar belakang penghantar dan penerima maklumat

kepekaan pada perbezaan latar belakang sepertia agama, bangsa, bahasa dan budaya . Ia mempengaruhi pilihan bahasa, gaya dan cara pertuturan dan penulisan yang bersesuaian agar apa yang ingin disampaikan akan difahami serta tidak menimbulkan salah faham

  • mendengar dengan baik dan efektif

seseorang perlu bersikap terbuka terhadap pendapat yang dikemukan oleh subjek akan menggalakkan subjek untuk mengadakan perbualan di masa hadapan.

  • si pendengar mengajukan soalan dalam perbualan
  • mengulang penyataan yang ditutur subjek
  • mengangukkan kepala tanda faham atau setuju

unsur unur diatas menujukkan si pendengar mendengar secara atentif .

  • bersikap positif

tidak memulakan perbualan dengan penyata-penyata negatif tentang apa jua topik. kata kata pujian terhadap ahli keluarga atau rakan rakan juga salah satu unsur menggalakan kemahiran komunikasi. mengamalkan sikap hormat menghormati , empati dan rendah diri.

Perbincangan dalam bab ini bermula dengan memperkenalkan beberapa konsep asa dalam komunikasi. Kemahiran komunikasi adalah suatu aspek yang penting kepada pelajar, justeru itu ia perlu ditekankan. pada kesimpulannya, keseluruhan bab ini telah memperkenalkan beberapa ciri dan pendekatan dalam berkomunikasi, menekankan elemen bahasa tubuh dan memperkenalkan teknik berkomunikasi yang profesional secara lisan dan profesional




Di edit dan di olah oleh
Nur Liyana Binti Ainul
A138171

0 comments:

Post a Comment